HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 6 November 2011

KEHIDUPAN DAN PENGORBANAN

Persekitaran hijau indahkan halaman
Bunga ditanam sebagai hiasan
Setiap kemenangan perlukan pengorbanan

Usaha yang berterusan sabar dengan ujian

Rehat dengan keluarga di kawasan halaman
Redup dan sejuk sungguh menceriakan

Pengorbanan dihadapi dengan keimanan
Supaya istiqomah dalam perjuangan



• Atas: Biri-biri berkeliaran di tepi halaman rumah.

• Bawah: Tempat rehat di halaman rumah.

• Youtube: “ Ibadah korban di Masjid Sungai Durian ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 5 November 2011

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 1432

kepada semua sanak saudara jauh dan dekat, sahabat handai tiak lupa kepada Muslimin dan Muslimat dari kami sekeluarga.

Jumaat, 4 November 2011

PELIHARALAH KEHIJAUAN ALAM

Selamat menyambut hari raya Aidiladhar 1432 kepada Muslimin dan Muslimat dan hati-hati di jalan raya Sampah dibuang tempat yang disediakan
Mudah disengelarakan dengan sempurna

Halaman bersih mengindahkan persekitaran

Persekitaran indah menceriakan suasana


Lipat baju hingga ke lengan
Mengambil air terceduk ikan
Pesekitaran bersih dan indah perlukan sokongan
Sungai dan kehijauan alam jangan dimusnahkan


• Atas: Pondok di kawasan halaman tibla.
• Bawah: Bunga-bunga liar mewarni keindahan sawah di kampung Yoi.
• Youtube: “ Pemberian lembu korban DYTM Raja Muda ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 3 November 2011

BEBAN YANG BERTIMPA-TIMPA

Air sungai mengalir pelahan
Tempat memancing gunakan sampan
Kos hidup yang ditanggung tidak tertahan

‘GST’ terlaksana akan menambahkan beban

Tanah rezab bagaikan hutan
Pokoknya ditebang untuk diteroka

Pembaziran beluasa kurang kawalan

Jangan biarkan dan rakyat hendaklah peka

• Atas: Kawasan kunci air di kampung Yoi, Pokok Sena.

• Bawah: Tanah rezab dibangukan untuk dibuat jalan kampung.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 2 November 2011

BERI KEADILAN UNTUK SEMUA

“ Cukai barangan dan perkhidmatan (GST - Good Services Tax)."

Pergi ke kebun mengambil ubi kayuUbinya dalam perlu digali
Jika ilmu tanpa pertunjuk wahyu
Bagaikan layang-layang putus tali


Skrup dikumpul untuk jualan
Karung diisi sudah dipenuhi

Keadilan dituntut kebenaran dipertahan
Pemimpin dihormati rakyat dihargai


• Atas: Tanaman ubi kayu di tepi kebun di Bukit Lala.

• Bawah: Kutip scrub di kebun di kampung Bukit Lala.

• Youtube: “ Bau busunya melekat ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 1 November 2011

KEMAMPUAN AKAL TERBATAS

“ Jika menadah air hujan dengan tempayan dan bekasnya, maka menadah idea ialah dengan menulis."

Kawasan semak sudah ditebas
Nampak cerah bila dibersihan
Kemampuan akal amat terbatas
Dalam perjuangan jangan bersendirian

Jalan baru sudah disiapkan
Perjalanannya selesa tidak terhalang

Angkuh dan sombong sahabat syaitan
Melampau dan terpesong perlu ditentang

• Atas: Kawasan jalan di Bukit Lala sedang dibersihkan.
• Bawah: Jalan baru tambahan sudah disiapkan ke Bukit Lala.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.