HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 8 Oktober 2011

SENTIASA WASPADA USAH TERLENA

Pekan Nat di Pokok Sena
Jualannya meriah di hari Sabtu

Habuan yang sementara usah terlena

Ekonomi kita masih tidak menentu

Sawah di kampung bersebelahan kubur
Kuburnya bersih jelas kelihatan
Habuan diberi usahlah takbur
Rakyat yang celik buatlah perubahan


• Atas: Peniaga putu mayang di Pekan Nat Pokok Sena.
• Bawah: Kawasan perkuburan di Dato' Kumbar, Alor Setar.
• Youtube: “ Pekan Nat Pokok Sena ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 6 Oktober 2011

JANGAN TERLAMBAT

Selepas subuh sudah berkerja
Kebunnya luas perlu diselia
Ada nama urusan dibawah meja
Rakyat bawahan tidak terbela

Kawasan sawah dipenuhi air
Perlu disiapkan gunakan jentera
Ada mata lihat ada otak fIkir

Ada kuasa guna ada budi bicara


• Atas: Kebun getah di kampung Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Suasana di sawah di kampung Kolam Mukim Jabi.
• Youtube: " Satu perubahan irama Dangdud Iwan Syahmad ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 5 Oktober 2011

JAUHILAH DARI KEMUSNAHAN

Kebun getah semak bagaikan hutan
Jika ditebas mudahkan torehan
Belanjawan Pakatan Rakyat akan jadi sebutan
Kemenangan dinanti itulah yang rakyat harapan


Bersihkan pokok dicantas dahan
Rehat sebentar hilangkan kepenatan

Pemimpin bermoral jadikan pilihan
Negara selamat elakkan kemusnahan


• Atas: Kebun semak lateks masih boleh dikeluarkan.

• Youtube: “ Berbagai jenis Hidayah – Dr. Maza ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 4 Oktober 2011

KEADILAN DITUNTUT UBAHLAH SOKONGAN

Kayu reput dikumpul untuk dibakar
Setelah dibakar perlu dibersihkan
Penyelewengan terlampau perlu dibongkar
keadilan dituntut ubahlah sokongan

Tahan taut tangkap haruan
Haruan yang perolehi untuk jualan
Penyelewangan berterusan dibiarkan jangan
Pemimpin mewah rakyat terbeban


• Atas: Tanaman semula getah di kg. Bukit Lala.
• Youtube: “ Boleh jadi kamu tidak suka tetapi baik untuk kamu ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 3 Oktober 2011

TUNAIKAN SEGERA IBADAH HAJI

Menoreh getah tambah pendapatan
Harganya mahal semoga dapat dipertahankan
Tunaikan segera ibadah haji jika berkemampuan
Usah lalai dan jangan dilenggah-lenggahkan

Pondok di kebun perlu didirikan

Tempat rehat kepenatan sebelum pulang

Kemampuan ada senaja dilengahkan
Niat tiada sakit menimpa kematian datang


• Atas: Bena pondok di kawasan kebun getah.
• Youtube: “ Penoreh mampu memperolehi pendapatan lumayan ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 2 Oktober 2011

HATI YANG KERAS

Kawasan kebun sentiasa cerah
Skrup dikumpul tanpa dialas

Luka di tangan nampak berdarah

Hati yang sakit menjadi keras

Tabur padi sawahnya di Tualang

Kerja dilakukan di waktu petang
Kepentingan datang panduan hilang
Kroni didahulukan sokongan rakyat hilang


• Atas: Skrup dikumpulkan di kawasan kebun untuk dijual.

• Youtube: “ Satu peringatan dengan kematian ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 1 Oktober 2011

HARI INI DALAM KENANGAN

  • Sambut hari lahir di Pulau Melaka, Kelantan di rumah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. - (1.10.1997)
  • Jalan menuju ke kampung Bukit Lala telah diturap dengan jalan tar selepas 50 tahun merdeka. - (1.10.2007)
  • Ibu mertua telah kembali ke Rahmahtullah pada hari sabtu jam 5 petang (1.10.2011)