HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 14 Jun 2011

MIMPI DAN HARAPAN

Lembaga Muzium Negeri Kedah akan menganjurkan sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah 2011 selama 3 hari mulai 7 Julai ini. Program akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada jam 9.00 pagi.Duduk di bangku selesai menyapu
Rehat bersarapan isteri menunggu

Rakyat turun beramai-ramai berdemo pastinya mampu

Keselamatan terjamin jika tidak diganggu

Halaman dibersihkan semunya sudah
Walau pun tugasannya banyak kerjanya ringan
Pautan
Rakyat dibuai mimpi yang indah-indah
Bila terjaga yang tinggal hanya kenangan



• Atas: Bangku rehat di bawah rumpun bambu.
• Bawah: Kawasan halaman indah menghijau.
• Youtube: “ Kebahagiaan itulah yang dicari ”

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.


KEDAH SEJAHTERA

Nikmat untuk semua


• Setiap manusia adalah ‘pengembala’.

• Tiada perlu jawatankuasa khas peniaga tepi jalan.

Isnin, 13 Jun 2011

JANGAN MUDAH KITA TERLUPA

Sawah luas di Pokok Sena
Padinya subur menghijau sekata
Dibuainya kita jangan terlena
Terlupa sesaat terhumban kita

Balik kebun hari dah senja
Singgah mandi guna telaga
Apa yang dibuatnya selalu di manja
Kebencian rakyat diterjemah mereka tak duga

• Atas: Kawasan sawah di kg. Kiew, Pokok Sena.
• Bawah: Meracun di kebun getah tanaman semula.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

KEDAH SEJAHTERA
Nikmat untuk semua

• Kerajaan negeri serah Pekan Rabu kepada Koperasi.
• Kemunculan bijih besi di Kedah.

Ahad, 12 Jun 2011

MEMANG LIDAH TIDAK BERTULANG

Petang hari jalan ke Tualang
Sawah di sini luas menghijau

Memang lidah tidak bertulang
Nasihat diberi dihiasi ranjau

Tempat tinggal biarlah selesa
Kecil dan mewah bukan ukuran diberi

Hidup di dunia bergelumang dosa
Kematian datang azapnya tidak terperi



• Atas: Kawasan sawah di Tualang, Pokok Sena.

• Bawah: Rumah tradisional di Jalan Sultana, Alor Setar.

• Youtube: “ Umno tidak lena tidur – Tuan Guru Nik Aziz”

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100
.

Sabtu, 11 Jun 2011

ALHAMDULLILAH CAPI MATLAMAT

Rehat di pondok merenung ke kebun
Kebun getah berkelompok bersama jiran
Kenduri kahwin semua keluarga dapat berhimpun
Alhamdullilah matlamat dihajati menetapi sasaran

• Atas: Orang-orang di kebun jagun di kebun belakang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.


Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anak lelaki kami Muhammad Firdaus & Noremiah pada 11 June 2011. Cukup memuaskan kehadiran dan jamuan yang disediakan oleh Lina Catering. Tidak lupa sokongan dari semua keluarga dan sahabat handai.

Jumaat, 10 Jun 2011

JANGAN BIARKAN KITA DIBELENGGU

Pergi ke kebun membawa karung
Karung dibawa bersama baldi

Kuasa sudah sampai dipenghujung

Kesabaran rakyat, ubahnya hanya di peti undi

Sawah dan getah luas di Pokok Sena
Pembangunan juga sentiasa ke hadapan

Wang rakyat disalah guna

Rakyat derita menanggung beban




• Atas: Mengisi scrub di dalam karung di Kebun Bukit Lala.

• Bawah: Kawasan sawah dan getah di Bukit Lala, Pokok Sena.

• Youtube: “Kabinet Pilihan Raya (bersama Mohamad Sabu) ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 9 Jun 2011

JASA YANG BAIK TETAP DIKENANG

Pergi ke sawah guna basikal
Basikal tua masih diguna

Kuasa yang dimiliki tidakkan kekal
Kebaikan yang sedikit berterusan itu lebih bermakna


Sungainya bersih tempat berenang
Airnya dalam tidak berlumpur
Jasa yang baik tetap dikenang

Walaupun jasad sudah terbujur


• Atas: Masih guna basikal untuk ke sawah di Bukit Lala.
• Bawah: Sungai di Tualang masih jernih airnya.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 8 Jun 2011

KESAH YANG LALU JADIKAN TAULADAN

Balik kebun berehat di taman
Terasa kepenatan seluruh badan
Kuatkan pegangan teguhkan keimanan
Kesah yang lalu jadikanlah tauladan

Biri-biri diternak tidak perlu ditambat
Rumput dan dedak semuanya dimakan

Kezaliman pemimpin kepada rakyat perlulah bertaubat

Rakyat yang menanggung derita berpanjangan




• Atas: Pondok dan halaman hijau.

• Youtube: “ Merenung ke arah pesekitaran yang hijau ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.