HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 7 Jun 2011

MASANYA SUDAH TIBA

Pergi ke sawah melintas titi
Sawah luas kanan dan kiri

Kalah menang silih berganti
Masanya dah tiba persiapkanlah diri


Jalan pintas melalui titi
Jalan pelahan usah berlari

Kezaliman dan penginayaan tiada integriti
Lambat laun kezaliman menjerut diri



• Atas: Titi kayu di Kubang Lintah, Mukim Lepai, Alor Setar.
• Bawah: Titi sebatang di kawasan sawah Titi haji Idris.
• Youtube: " Himpunan bulanan Mb Kedah - 7 June 2011 ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 6 Jun 2011

SEMOGA HARAPAN MENJADI KENYATAAN

Parit dikorek elakkan tersumbat
Supaya air mengalir sentiasa lancar

Perjalanan ke Putrajaya semakin dekat
Teguhkan Pakatan, rakyat menanti penuh sabar


Kehijauan dan kebersihan perlu seiring
Diselia selalu kerja mudah menjadi ringan

Senyuman di bibir terukir taring
Dengar boleh percaya jangan



Pautan • Atas: Kawasan sungai di Telaga Mas, Pokok Sena.
• Bawah: ke arh persekitaran yang lebih hijau.
• Youtube: " Pengulungan ucapan Tuan Guru Haji Abd Hadi".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 4 Jun 2011

DARI PANDANGAN MATA

Sungguh damai tinggal di desa
Kekurangannya ada tetapi selesa
Manisnya ucapan tersalut bisa
Rapati jangan disentuh binasa

Pokok tumbang batangnya melintang
Batang digergaji tidak menganggu jalan
Dulu dan kini dan akan datang
Perjuangan menegakkan kebenaran pasti akan berterusan



• Atas: Kawasan kebun berduri di Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Jalan ke Kawasan pendalaman kebun di kampung Bukit Lala.
• Youtube: Tuan Ibrahim di Muktamar ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

APA KATA MEDIA


Jumaat, 3 Jun 2011

NEGARA BERKEBAJIKAN SELAMAT SEJAHTERA

Getah banyak ditanam di Bukit Lala
Kawasannya luas nampak ketara
Negara berkebajikan rakyat terbela
Aman damai selamat sejahtera

Hujan lebat pakain basah
Berteduh di pondok lari tak sempat
Kehidupan bernegara islamnya terpisah
Nescaya sesat sepanjang hayat



• Atas: Kebun getah di kawasan Bukit Lala. Pokok Sena.
• Bawah: Pondok di dusun di Kuala Pai, Kuala Nerang.
• Youtube: Berkerjasama bukan berpakat - Tuan Guru Haji Hadi ".

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 2 Jun 2011

INGAT SEBELUM TERLAMBAT

Kami mengucapkan selamat bermuktamar kepada semua perwakilan Pas dari seluruh negara yang hadir pada muktamar ini. Tidak lupa kepada pemerhat dan penyokong, semoga terus berjuang bersama Pakatan Rakyat. Takbir.Rehat petang di tepi kolam
Minuman kegemaran kopi Radix panas

Pangkat dan kedudukan manusia boleh tengelam

Dunia yang sementara tidakkan puas


Tanam sayur gunakan batas
Sayurnya subur banyak yang menjadi

Dunia yang sementara tidakkan puas
Akhirat jua yang kekal Abadi



• Atas: ke arah persekitaran yang hijau lagi selesa.
• Bawah: Kawasan kebun di kampung Bukit Lala.
• Youtube: " Perasmian pemuda PAS 52 - YB Ust. Nasauddin Mat Isa ".
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.



LIVE SIDANG MUKTMAR PAS 57

Rabu, 1 Jun 2011

KESEDARAN YANG PERLU ADA

Tanam duku serta cempedak
Kebunnya jauh di tepi bukit

Tenaga dan gas naik mendadak
Rakyat yang sedar perlulah bangkit


Mengembara di pendalaman di hari minggu
Kawasannya berbukit cantik dan indah
Rakyat yang sedar sukar dibelenggu
Silap perhitungan membawa padah

• Atas: Jalan masuk ke kawasan dusun di Mukim Jitra.
• Bawah: Kawasan berbukit dari Bukit Tembaga ke Jitra.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.