HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 16 Mei 2011

KEINDAHAN DAN KENIKMATAN

Kepada warga LGM jika bertugas di Utara jangan lupa singgah ke pondok kami di km 22 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena. Kedah.Bila dan masa bukan menjadi ukuran kehadiran anda amat dialu-alukan.
Kehadiran anda ke pondok kami mengamit rindu

Eratkan persahabatan, wang ringgit boleh dicari
Pemimpin prihatin tempat rakyat mengadu
Elakan rakyat dibebani kos kehidupan hari demi hari

Lalu di kebun disangkakan belukar
Pokok getahnya menghijau hasilnya tidaklah pasti
Rintihan suara hati didengar teramat sukar
Taubat dan insaflah kita sebelum mati



• Atas: Pondok rehat di halaman mengindahkan suasana.
• Bawah: Laluan di jalan kampung Tok Kun, Pokok Sena.
• Youtube: “ Menikmati keindahan d’Semaian Madu ”.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 15 Mei 2011

SETIAP KEPAYAHAN MUNCUL KEMUDAHAN

“ Selamat hari guru, memberi ilmu merubah minda – jasamu tetap dikenang ”.Duduk di kampung hidup berjiran
Kebersihan dijaga seiring jalan

Setiap kepayahan disaluti kesabaran
Semoga hidup dalam keberkatan

Pokok ditanam sudah berdahan
Dahannya kukuh daunnya lebat kehijauan

Setiap kepayahan muncul kemudahan

Kebahagian terpancar berkat kesabaran




• Atas: Persekitaran di kampung sentiasa indah, kg. Padang Serai.

• Tengah: Halaman di kampung Padang Serai, Pokok Sena.

• Youtube: “ Perjalanan hidup ”.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 13 Mei 2011

BERPAUT DI DAHAN YANG RAPUH

Tanam cili tak guna batas
Benih ditanam gunakan karung

Tempat berpaut sentiasa ditindas
Inikan pulak tempat berpayung


Tengah hari menjual scrub
Skrup diangkut guna troli

Apa guna bergantug harap

Yang diharap membuta tuli



• Atas: Tanaman cili guna serkam padi di Inang Flora.

• Bawah: Kebun getah di kampung Yoi, Pokok Sena.
• Ustrem: Kuliah Jumaat 13 June - TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 12 Mei 2011

BERNAFAS DALAM DEBU

Temu janji di 'Were town' kawan sudah menanti
'Car boot sale' di buat jauh ke dalam sebelah kiri

Sokong diperhebat bukan realiti
Apabila kenyang pakat cabut lari


Tebang pokok buat kerusi
Tempat rehat indah berseri

Kenal sahabat musuh diawasi

Waspada sentiasa agar selamat di kemudian hari



• Atas: Nastoligia (11 Mei - 11 Aug. 1997)' Car Boot Sale' di Were UK.

• Bawah: Berehat di Inang Flora Bukit Tembagaa, Kuala Nerang.
• Yuotube: Melangkah ke halaman Teratak Impian Bukit Lala.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

INFO KEDAH SEJAHTERA

Rabu, 11 Mei 2011

DIMAKAN ENAK DITELAN SUKAR

Menoreh getah bertolak jam lapan
Terlewat datang hari dah panas

Jerat dipasang ditaburi umpan
Hampiri jangan diusik membidas


Kawasan bukit tanahnya keras
Pokok menghijau kukuh dipenuhi akar

Makan cili terasa pedas

Hati pedih panas membakar

• Atas: Laluan ke kebun getah di Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Kawasan bukit di Bukit Pinang.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 10 Mei 2011

SATU REALITI

‘ Ceramah Perdana Isu Semasa ’ – Markas PAS Pokok Sena jalan Langgar pada 13 Mei 2011 (Jumaat malam Sabtu) 9.00 malam oleh Chegu Bad dan YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki (Adun Bukit Lada). SEMUA DIJEMPUT HADIR.Kail dihulur belut yang sambar
Nampak jelas lihat di tepi

Fitnah lucah mereka yang sebar

Bila disindir kenapa tak sanggup hadapi

Tanam jagung di Bukit Lala
Kawasan yang ditanam cuma serelung

Janjinya indah semanis gula

Beban datang rakyat menanggung



• Atas: Memancing di sungai Kepala Bendang,Tualang.
• Bawah: Tanam jagung di kawasan kebun getah tanaman semula.
• Youtube: Isu UUM - Penjelasan MB Kedah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

INFO KEDAH SEJAHTERA
Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Isnin, 9 Mei 2011

TAK SE INDAH WAJAH

Persekitaran indah cantik selesa
Pandangan tertumpu ke arah depan

Di manis kata ramai terlena

Kerana kelompok kuasa kita terkorban

Di kawasan sawah pandangan selesa
Angin bertiup lembut mampu terlena

Kerana kuasa kita terpaksa

Kuasa diberi rakus, beban ditanggung rakyat yang kena

• Atas: Persekitaran hijau di kampun Yoi, Pokok Sena.
• Bawah: Kawasan sawah di kampung Kiew, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

INFO KEDAH SEJAHTERA