HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 6 Disember 2009

FAKTA SAINS MENYEBELAHI MINYAK SAWIT

Ke Arah Kehidupan yang Lebih Hijau
Dominasi minyak sawit dalam penerokaan pasaran minyak sayuran dan lelemak dunia bermula sejak tiga dekad lalu berpunca daripada popularitinya sebagai bahan mentah utama di dalam sektor makanan dan oleokimia.

Perkembangan ini secara tidak langsung dilihat sebagai ancaman kepada pengeluar minyak sayuran saingan yang lain seperti minyak soya dan biji sesawi.Akibatnya, kempen antiminyak sawit yang bertujuan untuk menyekat import minyak sawit telah dilancarkan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat pada 1980-an.

Isu kesihatan seperti tuduhan minyak sawit mengandungi asid lemak tepu yang tinggi lalu meningkatkan kandungan kolesterol di dalam darah telah digunakan sebagai alasan mewujudkan halangan perdagangan terhadap minyak sawit.

Tuduhan sedemikian ini adalah tidak berasas sama sekali. Sebaliknya, penyelidikan yang dilakukan menunjukkan bahawa diet yang berasaskan minyak sawit tidak memberi apa-apa kesan (neutral) atau menurunkan kandungan kolesterol berbanding diet yang berasaskan minyak kelapa atau lelemak seperti yang diambil di negara Barat.

Beberapa kajian lain menunjukkan keputusan yang serupa. Perbandingan antara minyak olein sawit dengan minyak zaitun dan minyak kanola menunjukkan bahawa ketiga-tiga minyak ini mempunyai kesan yang serupa di dalam menurunkan kandungan kolesterol.

Malah, kajian terhadap minyak campuran sayur antara minyak sawit dan soya atau kanola membuktikan bahawa ia mampu meningkatkan nisbah HDL/LDL. Penemuan ini dipatenkan di Amerika Syarikat dan produk yang dihasilkan di bawah paten ini telah dibenarkan oleh Perbadanan Makanan & Dadah (FDA) Amerika untuk memaparkan label, Minyak campuran yang dipatenkan untuk membantu meningkatkan nisbah kolesterol anda.

Dengan peningkatan kesedaran tentang kesan keburukan asid lemak trans (TFA), beberapa kajian lain yang membandingkan minyak sawit dan asid lemak trans dijalankan.

Hasil kajian ini menunjukkan asid lemak trans mempunyai dua kesan negatif yang berbeza iaitu meningkatkan kandungan LDL (kolesterol ’tidak baik’) dan menurunkan kandungan HDL (kolesterol ’baik’) manakala minyak sawit meningkatkan kandungan HDL dan menurunkan atau tiada kesan langsung terhadap kandungan LDL.

Hasil kajian ini mendorong para saintis merumuskan minyak sawit sebagai satu alternatif yang baik kepada TFA terutama apabila produk lelemak diperlukan. Hasil daripada penemuan saintifik ini, kempen yang memburukkan minyak sawit gagal untuk menjejaskan permintaan terhadap minyak sawit kerana sains menyebelahi minyak sawit.

Satu kelebihan mengenai kajian sains ini ialah hasil kajiannya boleh diulangi dengan melakukan kajian yang sama berulang kali tanpa sempadan masa dan lokasi.

Contohnya, satu kajian yang dilakukan di Amerika boleh diulangi di makmal di Eropah tetapi tetap menghasilkan keputusan kajian yang sama. Dalam erti kata lain, hasil kajian sains adalah benar dan tidak boleh diubah.
Artikel ini disunting dan diterjemahkan dari artikel asal yang bertajuk, The Science is on the side of Palm Oil. Sila layari www.ceopalmoil.com untuk maklumat lanjut berkenaan artikel ini.

Jenis Lemak:
Lemak 'saturated' boleh meninggikan taraf serum kolesterol dan lemak 'polyunsaturated' dan sayur-sayuran akan memberi kesan yang sebaliknya. Dengan ini tukar cara masakan yang menggunakan banyak minyak seperti menggoreng, lebihkan masak dengan cara kukus, panggang, bakar atau rebus.


Lemak Yang Rendah Dengan Lemak 'Saturated'
Corn oil (Minyak Jagung )
Soya bean oil (Minyak Kacang Soya)
Sunflower oil (Minyak Bunga Matahari)
Peanut oil (Minyak Kacang)
Olive oil (Minyak Zaitun )
Palm oil (Minyak Kelapa Sawit )
Polyunsaturated margarine (Majerin 'Polyunasaturated')
Salad cream/mayonnaise made from vegetable oil (Kerim Salad/Mayonaise daripada minyak sayuran)

Sabtu, 5 Disember 2009

SIAPA YANG PALING RUGI?

Gambar, sekadar hiasan.
  • Siapakah orang yang miskin?
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

  • Siapakah orang yang rugi?
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

  • Siapakah orang yang sibuk?
    Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Get this widget | Track details |Selamat Tinggal

Jumaat, 4 Disember 2009

SIAPA YANG PALING UNTUNG?

• Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

• Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

• Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

• Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

• Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Khamis, 3 Disember 2009

ITULAH YANG KAMI SEMUA HARAPKAN

• Kami sekeluarga mengucapkan selamat bercuti kepada warga kota yang yang akan pulang ke kampong, sempena cuti sekolah. Berhati-hatilah di jalan raya.

• Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan, kami harapkan semoga bahagia kekal abadi.

Rabu, 2 Disember 2009

PENYEJUK HATI

• Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

• Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Selasa, 1 Disember 2009

DOA YANG TIADA HIJAB

Setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan doa. Berdoa adalah menunjukkan akan ingatan kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan di setiap masa sama ada di waktu senang atau susah.

Begitulah juga dengan amalan dalam berdoa hendaklah dilakukan di setiap masa lebih-lebih lagi di waktu senang dan mewah, dengan itu apabila di waktu susah doa akan mudah diperkenankan.


Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallah ‘anhu yang maksudnya:


"Barangsiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang."
(Hadits riwayat Tirmidzi)

"Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding."

(Hadits riwayat Bukhari)

"Doa orang yang dizalimi itu adalah mustajab, sekalipun dia adalah seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri."
(Hadits riwayat Ahmad)

DOA DOA MUSTAJAB-DR.MAZA

REAKSI

ROYALITY MINYAK BANGKIT ISU DOA


REAKSI