HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 27 Mei 2016

BERILAH SOKONGAN


Bena lanskap tepi rumah
Kolam ikan tepi dapur 
Perjuangan islam sentiasa istikomah
Kalah dan menang sentiasa bersyukur




Pergi ke sawah naik basikal
Sawah luas kiri dan kanan
Calun PAS doktor gulungan propsional
Berilah sokongan untuk kemenangan 

• Kolam ikan tepi rumah dekat dapur.
• Kawasan sawah di kampung Tualang.

Rabu, 25 Mei 2016

JANGAN TERTIPU AGENDA MUSUH


Pagi ke kebun petang ke sawah
Lalu di terusan airnya keruh 
Jadi pemimpin biar bermarwah
Jangan tertipu agenda musuh


Lukisan di dinding dilukis kawan
Beliau melukis cukup teliti
Menolong tidak menyusahkan jangan

Pendirian mereka pasti dihormati

• Pemandangan di kawasan sawah di Kubang Lintah.
• Lukisan hasil ilham seorang kawan lama.

Isnin, 23 Mei 2016

MUDAH LUPA IKUT LALANG


Sungguh enak minum air kelapa
Bersama bubur nasi cukup berselera
Semasa Mahathir berkuasa beliau sudah lupa
Memali, isu raja-raja hilang kuasa ISA bermaharajalela


Sekarang waktu musim hujan
Hujan turun waktu petang
Parti Islam seMalaysia menjadi pilihan
Pengikut istikomah parti lain mungkin lalang
  
• Makan tengahari bubur nasi campur ayam pedas.
• Pemandangan di bahagian depan rumah.

TABAH HADAPI CABARAN


Musim hujan rumput panjang
Pokok menghijau segar kelihatan
Susah  senang terus berjuang
Habuan dunia bisikan shaitan



Persekitaran hijau udara segar
Burung mencari makan terbang berkeliaran
Tingkatkan keimanan sentiasa bersabar
Ujian datang tabah hadapi cabaran
  
• Rumput menghijau selepas hujan.
• Pemandangan di kolam di waktu pagi.

Isnin, 16 Mei 2016

SEKADAR PERINGATAN


Berehat sebentar hilangkan penat
Kadang-kadang rehat duduk terlena
Dengan kawan ingat mengingat
Jika terlewat tidak berguna 


Potong rumput di waktu pagi
Cuaca segar disinari mentari
Memberi pandangan tidakkan rugi
Catatan amal di kemudian hari
  
• Berehat setelah penat memotong rumput.
• Sedang melakukan kerja memotong rumput di halaman.

Ahad, 15 Mei 2016

SUSAH SENANG


Embun pagi di atas daun
Pepohon menghijau menyerikan halaman
Tugas digalas sudah bertahun-tahun
Susah senang itulah pengalaman



Mentari pagi sudah meninggi
Cuma redup kemungkinan hujannya petang

Tanpa guru siapalah kami
Memberi ilmu susah dan senang

  
• Berehat di tepi halaman lihat keindahan.
• Pemandangan di bahagian hadapan rumah dari beranda.

Khamis, 12 Mei 2016

KEBENARAN DIPERTAHANKAN


Teratak Impian tepi rumah
Pagar kayu pokok kehijauan 
Parti Islam seMalaysia terus istikomah
Kita menang mempertahankan kebenaran


Mentari pagi sinar bercahaya
Cuaca terang kait kelapa

Ugut mengugut sudah jadi budaya
Jangan jadi melayu yang mudah lupa
  
• Halam rumah kehijauan..
• Kait kelap di belakang rumah.

Rabu, 11 Mei 2016

ORANG PENCEN


'Are what' suka main hujan
'They far' kata budak-budak
Sudah pencen jangan kesunyian
Penuhilah masa lapang jangan melepak




Makan karipap minum petang
Seronok tengok ikan makan
Sudah pencen masa terluang
Kebun ada berpeluh juga badan

  
• Bermain di tepi kolam kawasan halaman rumah.
• Minum petang tepi kolam.

Jumaat, 6 Mei 2016

AJAL SAMPAI SATU KETENTUAN


Pemandangan indah tepi halaman
Waktu pagi untuk sarapan
Bila sudah sampainya ajal serta ketentuan
Untuk berkempen tidak kesampaian



Duduk di kolam melihat ikan
Pepohon menghijau jadi hiasan
Harta kekayaan pasti ditinggalkan
Hanya amal soleh buat bekalan

  
• Lukisan pemandangan dari seorang kawan.
• Pemandangan di waktu pagi.

Rabu, 4 Mei 2016

DALAM KENANGAN LUPA BILA DIAMBIL


Gambar ini dihantar melalui whatsapp tak perasaan bila diambil, saya tak ambil kesah sangat saya ingat gambar siapa. Kemungkinan gambar ini tersilap hantarke.

Kemudian saya lihat semula gambar tersebut, saya lihat yang pakai kepiah tu macam muka saya, barulah saya besarkan dalam komputer memang gambar saya. Cuma saya lupa bila gambar itu diambil.

Walau bagimanapun saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat yang menghantar. Terimalah pantun dari saya. 


Memancing ikan atas titi
Titi terletak di sungai Santap  
Gambar dihantar yang penuh berarti
Terima kasih banyak kata diucap 
  
• Gambar kenangan tahun?.