Pagi ke kebun petang ke sawah
Lalu di terusan airnya keruh
Jadi pemimpin biar bermarwah
Jangan tertipu agenda musuh
Lukisan di dinding dilukis kawan
Beliau melukis cukup teliti
Menolong tidak menyusahkan jangan
Pendirian mereka pasti dihormati
• Pemandangan di kawasan sawah di Kubang Lintah.
• Lukisan hasil ilham seorang kawan lama.
Sungguh enak minum air kelapa
Bersama bubur nasi cukup berselera
Semasa Mahathir berkuasa beliau sudah lupa
Memali, isu raja-raja hilang kuasa ISA bermaharajalela
Sekarang waktu musim hujan
Hujan turun waktu petang
Parti Islam seMalaysia menjadi pilihan
Pengikut istikomah parti lain mungkin lalang
• Makan tengahari bubur nasi campur ayam pedas.
• Pemandangan di bahagian depan rumah.
Musim hujan rumput panjang
Pokok menghijau segar kelihatan
Susah senang terus berjuang
Habuan dunia bisikan shaitan
Persekitaran hijau udara segar
Burung mencari makan terbang berkeliaran
Tingkatkan keimanan sentiasa bersabar
Ujian datang tabah hadapi cabaran
• Rumput menghijau selepas hujan.
• Pemandangan di kolam di waktu pagi.
Berehat sebentar hilangkan penat
Kadang-kadang rehat duduk terlena
Dengan kawan ingat mengingat
Jika terlewat tidak berguna
Potong rumput di waktu pagi
Cuaca segar disinari mentari
Memberi pandangan tidakkan rugi
Catatan amal di kemudian hari
• Berehat setelah penat memotong rumput.
• Sedang melakukan kerja memotong rumput di halaman.
Embun pagi di atas daun
Pepohon menghijau menyerikan halaman
Tugas digalas sudah bertahun-tahun
Susah senang itulah pengalaman
Mentari pagi sudah meninggi
Cuma redup kemungkinan hujannya petang
Tanpa guru siapalah kami
Memberi ilmu susah dan senang
• Berehat di tepi halaman lihat keindahan.
• Pemandangan di bahagian hadapan rumah dari beranda.
'Are what' suka main hujan
'They far' kata budak-budak
Sudah pencen jangan kesunyian
Penuhilah masa lapang jangan melepak
Makan karipap minum petang
Seronok tengok ikan makan
Sudah pencen masa terluang
Kebun ada berpeluh juga badan
• Bermain di tepi kolam kawasan halaman rumah.
• Minum petang tepi kolam.
Gambar ini dihantar melalui whatsapp tak perasaan bila diambil, saya tak ambil kesah sangat saya ingat gambar siapa. Kemungkinan gambar ini tersilap hantarke.
Kemudian saya lihat semula gambar tersebut, saya lihat yang pakai kepiah tu macam muka saya, barulah saya besarkan dalam komputer memang gambar saya. Cuma saya lupa bila gambar itu diambil.
Walau bagimanapun saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat yang menghantar. Terimalah pantun dari saya.
Memancing ikan atas titi
Titi terletak di sungai Santap
Gambar dihantar yang penuh berarti
Terima kasih banyak kata diucap
• Gambar kenangan tahun?.