Bandar dan kampung bezanya jauh
Kami di sini masih menggunakan titi
Negara aman tempat berteduh
Pokok yang mati perlu diganti
Potong rumput terasa berat
Umur tua sengalnya badan
GST dilaksana membatu rakyat
Mana yang betul mahu pencerahan
..
• Titi kayu laluan ke sawah di Kubang Lintah.
• Potong rumput untuk makanan lembu, di Kubang Lintah.
Jalan di terusan di waktu petang
Cuaca redup tidaklah panas
Kenapa susah nak bayar hutang
Untungnya tidak akhirat tidak terlepas
Pemandangan indah di waktu petang
Bukit bukau persekitaran kehijauan
Jika hidup suka berhutang
Hidup gelisah tiada kebebasan
• Terusan di kawasan kampung Tualang.
• Sawah di kawasan Hutan kampung.
• Bahaya tidak mahu bayar utang.
Singgah di masjid ketika azan
Setelah selesai singgah makan
Fitnah disebar tiada kesudahan
Jangan terpedaya mainan syaitan
Naik motor ronda di sawah
Sawah banjir hujannya lebat
Lama tak jumpa salam ukhwah
Sanak saudara kawan lama serta sahabat
• Masjid di kampung Kebun 500, Pokok Sena.
• Sawah di kampung Kolam, Kebun 500, Pokok Sena.
Duduk di tangga nastolgia lama
Pandai berbasikal disuruh ke kedai
Hakikat jodoh hendaklah diterima
Mana yang kurang lengkap melengkapi
Naik basikal kayuh di celah
Kedai jauh penatnya tidak
Suami isteri jangan berbalah
Berfikir panjang sebelum bertindak
• Rumah tradisional di Kampung Pisang, Kubur Panjang.
• Rumah kampung di kampung Tualang.
Menabur baja melintas titi
Kerja selesai mandi di perigi
Merubah diri jangan di nanti
Jika terlambat kitalah yang rugi
Pergi ke kebun hanya berjalan
Jauhnya tidak tetapi lenguh
Wang dibelanja bagikan hujan
Redanya tidak bukit tinggi menunggu runtuh
• Pemandangan di kawasan sawah di Kubang Lintah.
• Pemandangan di kawasan kebun getah, Bukit Lala.
Pagi-pagi ke pekan Kuala Nerang
Pergi berniaga pulangnya petang
Buat kerja jangan sebarang
Agama dipermudahkan jangan berulang
.
Pergi ke tasik memancing ikan.
Tempat memancing bejauhan bandar
Jika agama mahu dipermudahkan
Nanti tersesat kembalinya sukar
• Pemandangan di jalan kampung Kuala Pai, Kuala Nerang.
• Kawasan dam di Padang Terap.
Memancing di parit di tepi jalan
Ikan banyak termauk haruan
Isu 'pendatang' jadi perdebatan
Awal dan kemudian, warganegara pilihan
..
Naik motor melawat kampung
Sudah penat rehat sarapan
Peniaga dan pembekal jangan asyik mencari untung
Jangan rakyat menanggung beban
• Pemandangan di tepi jalan di km 22 ke Kuala Nerang.
• Pemandangan di sebuah warung di Wang Tepus Jitra.
Makan ulam ikan bakar
Sambal belacan cili api
Duit disimpan dapatnya sukar
Mereka merompak sesuka hati
Makan nasi daun pisang
Makan santai di bawah pokok cuasa panas
Janji dimungkiri rakyat perlulah bangkang
Supaya selamat tidaklah ditindas
• Suasana di halaman makan tengahhari.
• Pemandangan di halaman di rumah.
• Beza Pengajian Di Universiti dan Pondok - Dr. Zaharuddin
Pagi-pagi sudah di kebun
Cuma kedengaran bunyi ungas
Kumpul duit bertahun-tahun
Cuma lega boleh bernafas
Cuca sejuk pokok menghijau
Badan sejuk terasa nak demam
Jangan bersedih jangan risau
Tempat mengadu bangulah di tengah malam
• Suasana di waktu pagi di kebun getah.
• Pemandangan di halaman di sebuah restoran kampung di jitra.
• BN janji sejuta rumah 1 pun tiada.
Rehat santai di waktu pagi
Minum kopi tanpa sarapan
Hari yang berlalu sudah pun pergi
Hari mendatang berdoalah dengan harapan
Ambil air gunakan timba
Kami di sini gunakkan perigi
Tahun baru hijrah akan tiba
Semoga kehidupan sentiasa dirahmati
• Berehat di kawasan halaman.
• Pemandangan di sebuah kampung di Perlis.
Awan gelap cuaca redup
Hujan lebat sawah tengelam
Lesen diberi mata ditutup
Menentang mungkar hati di dalam
Waktu petang jalan ke kota
Kota Alor Setar pembangunan rancak
Biar putih tualang jangan putih mata
Tersilap langkah mata terbeliak
• Awan mendung di sebelah petang di Pokok Sena.
• Projek pasaraya pernah menjadi isu politik.
• Makan boleh makan - Dato' Ismail Kamus.
Pergi ke sawah menabur baja
Baja ditabur guna jentera
Gaji rendah lama berkerja
Kos hidup bertambah penuh derita
Pergi ke sawah naik kereta
Tukar angin bersama keluarga
Semua pemimpin elak sengketa
Jika berpecah musuh gembira
• Sawah di kampung Bukit Lala.
• Singgah di sebelah sawah di pintu masuk Lapangan Terbang.