Buah dukong masih hijau
Nampak segar disirami hujan
Di bulan ramadan janganlah risau
Berbukalah di masjid yang berdekatan
Pergi ke kolam melihat ikan
Rehat santai di waktu petang
Jamuan berbuka puasa di masjid disediakan
Solat magrib isyak terus terawih barulah pulang
• Buah dukong sudah berbuah masih hijau.
• Kolam ikan talapia di halaman rumah.
• Ramadan in UK.
Sawah dirata ditabur benih
Benih hanya gunakan tangan
Siang berpuasa malam solat tarawih
Solat tahajud pula ditinggalkan jangan
Potong kelapa ambil setandan
Kelapa rendah potong gunakan tangan
Perbanyakkan sedekah di bulan ramadan
Sedekah dihulur tidakkan berkurangan
• Sawah tadahan hujan di kampung Bukit Lala.
• Pokok kelapa di tepi sawah di Langgar.
• Tazkirah di bulan ramadan.
Waktu magrib kedengaran azan
Jemaah ke masjid yang dekat berjalan
Selamat menyambut bulan Ramadan
Rebutlah peluang hanya sebulan
Sawah menghijau disinari mentari
Pandangan indah dihiasi titi
Peluang direbut iklaskan diri
Lailatuqadar sentiasa di nanti
• Waktu magrib di kawasan kampung di Langgar.
• Sawah di kampung Kew Pokok Sena.
Kawasan sawah dipenuhi selut
Sawah dirata dengan segera
Jika sudah musuh dalam selimut
Bahayanya pasti menguggat negara
Sawah menghijau disinari mentari
Pandangan indah dihiasi titi
Walau pun kalah jadi menteri
Tawaran istemewa menjerat parti
• Sawah di kampung Titi Haji Idris Langgar.
• Sawah di kampung Tualang.
Tubuh sihat terasa ringan
Badan berpeluh rasa selesa
Pisau tajam sudah di tangan
Rusa sudah terjerat di depan mata
Pisau tajam sudah di tangan
Rusa sudah terjerat di depan mata
Hidup di dunia jangan berangan
Berusahlah bersungguh hingga tecapai cita-cita
• Membersihkan kawasan belakang rumah.
• Melawat kawasan ternakan rusa di UUM Sintok.
Memukat ikan di kampung tualang
Laluan sungai gunakan sampan
Ramadan datang rebulah peluang
Peluang ada ditinggal jangan
Ulam kampung tidak payah dibeli
Untuk kesihatan sudah terbukti
Ramadan datang setahun sekali
Tahun hadapan tidaklah pasti
Pancing ikan atas titi
Duduk bersila sebelah tepi
Halal dan haram perlu diteliti
Supaya kehiidupan Allah sentiasa berkati
Pergi ke sawah seorang diri
Meratakan sawah yang masih berselut
Tetamu datang perlu dihormati
Menghormati tetamu amalan dituntut
• Tempat orang kampung duduk memancing.
• Meratakan tanah sawah sebelum ditabur benih.
• Penjelasan pertemuan dengan orang politik.
Penat berkerja letih terlena
Bangun terjaga makan tersedia
Pemberian diberi biar berguna
Jangan sampai membazir kuanliti tiada
Kerja di sawah terlalu penat
Menabur baja lama berdiri
Pelek juga tersalah alamat
Langit terbuka maklumat boleh dicari
• Tempat rehat balik dari kebun.
• Menanam padi menggunakkan semaian di Kampung Yoi.
Santai di halaman tunggu sarapan
Halaman bersih dikerjakkan sudah
Harta disedekahkan tidakkan berkurangan
Ramadan datang pahala bertambah
Kawasan rumah ditanam pandan
Pandan harum tanamnya mudah
Biar berpeluh mercik di badan
Badan sihat mudahkan beribadah
• Membersehkan kawasan halaman rumah.
• Hijau dengan tanaman pokok dan tumbuh-tumbuhan.
Pagi-pagi sudah di kebun
Pokok banyak sudah ditoreh
Sedikit-sedikit wang dihimpun
Barang di pasaran bilakan pulih
Terasa haus kait kelapa
Airnya diminum banyaklah juga
Hilang MH 370 hampir dilupa
Coklat Cadbury pula jadi bahan berita
• Menoreh getah di kampung Bukit Lala.
• Pokok kelapa ditanam di halaman rumah.
Cuaca redup rasa mengantuk
Baru nak baring bantal disorong
Ibu berkerja sehari suntuk
Dalam keluarga tolong menolong
Memukat di sawah banyaknya ikan
Guna pukat pasangnya mudah
Makan diluar amat meragukan
Halal haram selesai tak sudah
• Kucing berehat di atas pondok di depan rumah.
• Memukat ikan di kawasan sawah yang dilanda banjir.
Rehat di halaman terasa segar
Cuaca redup dilinduni pepohon yang hijau
Setiap kajian perlu ada yang pakar
Ada keraguan pengguna risau
Laluan ke kebun perlu pelahan
Jalan becak setelah hujan
Setiap keraguan ada pilihan
Banyak yang ada boleh di makan
• Melihat halaman dari jendela bilik tidur.
• Jalan ke kebun lecak musim hujan.
Waktu petang pergi menjala
Ulang datang hingga seminggu
Demam bola sudah bermula
Pastikan di pejabat tugas tidak terganggu
Halaman hijau dengan dedaun-daun
Daun kering gugur sudah pun reda
Tengah malam sanggup bangun
Hanya bola untungnya tiada
• Menjala di atas jambatan di Telaga Mas.
• Pokok buluh madu menghias halaman.
Malam cerah bulan terang
Cahayanya terang menerangi halaman
Ramdan datang rebutlah peluang
Ibadah disempurna iklas serta kesungguhan
Makan tengah hari lauk ikan
Ikan di kolam dalam halaman
Siang berpuasa solat tareweh dikerjakan
Bangun malam dilupakan jangan
• Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.
• Kolam ikan talapia di tepi rumah.
Pagi-pagi sudah ke kebun
Pisau toreh ditajamkan sudah
Khidmat disumbang sudah bertahun-tahun
Kenapa kenaikan pangkat tidah diindah
Skrup dikumpul tidaklah banyak
Longgok di kebun jarang dicuri
Berputu asa dijauhi mengharap sangat pun tidak
Cuma kos kehidupan tinggi, lu pikirlah sendiri
• Mengumpulkan skrup di dalam kebun.
• Skrup dilambakan di dalam kebun sebelum pembeli datang.
Berhenti sebentar melihat kubah
Masjid baru siap digunakan
Wang gaji dapat pun sudah
Belanja berjimat demi masa depan
Cuaca petang masih terang
Di sana mendung petanda nak hujan
Kos hidup bertambah pendapatan kurang
Rakyat bawahan kehidupan amat terkesan
• Masjid baru di kampong Bukit Larik, Pokok Sena.
• Pemandangan di Dengkil Jaya bersebelahan Putrajaya.