Tangkap ikan gunakan serkap
Ikan diserkap di waktu pagi
Cakap pandai tidak boleh diharap
Kantung diisi syarikat yang rugi
Mentari bersinar indah berseri
Santai segar di waktu pagi
Cakap pandai penoh kontravasiMampukah ditunai sekadar janji
• Kawasan sawah di Langgar.
• Pemandangan di waktu pagi di tepi sawah.
Pandu kereta di lebuhraya
Melalui kawasan bukit berbatu batan
Kroni dibantu menjadi kaya
Rakyat bawahan menanggung beban
Sayuran kampung tidak payah dibeli
Lebih boleh dijual boleh menabung
Kesusahan rakyat tidak dipeduli
Negara bermewah siapalah yang untung
• Lebuhraya berhampiran tol Gua Tempurung, Perak.
• Pemandangan di kampung Yoi, Pokok Sena.
Sawah padi berpetak-petak
Pokoknya subur segarkehijauan
Cakap pandai fikirnya tidak
Pengelaman datang menyusul kemudian
Petang-petang ambil kelapa
Ambil yang muda lebih sesuai
Bercakap moral mereka dah lupa
Lembu di kondo belum selesai
• Kawadsan sawah di Tualang.
• Makanan tenga hari setelah selesai berkerja.
Kawasan halaman ditanam nangka
Pokok menghijau ada yang berbunga
Rakyat bermaklumat minda terbuka
Tidak mudah untuk percaya
Baring di pangkin terus terlena
Selepas makan tengah hari
Pengelaman ada apalah guna
Rasuah dan perkauman masih bersemadi
• Kebun buahaan sebelah halaman rumah.
• Makanan tenga hari setelah selesai berkerja.
• Semalam meninggal إنا لله وإنا إليه راجعون
Kutip skrup letih terlena
Menunggu pembeli terlalu lama
Raja bomoh langkahnya kena
Kepentingan dijaga demi kepentingan bersama
Mentari bersinar cuaca cerah
Rumput dipijah masih basah
Zaman berubah pengikut bertukar arah
Petanda Umno bakalkan rebah
• Mengumpulkan skrup di kawasan kebun.
• Kawasan kebun belakang rumah.
Minum air ambil di telaga
Air diambil menghampiri senja
Akhlak mulia perlu dijaga
Wang dan kedudukan sementara saja
Balik sawah pulang senja
Sama dengan orang di kota
Jawatan disandang sementara saja
Terkadang hilang sekelip mata
• Padang Serai, masih ada yang menggunakan air telaga.
• Hampir senja sawah di kawasan Langgar.
Pagi-pagi cuaca terang
Mentari bersinar cahayanya cerah
Kuasa ada sokongan kurang
Rakyat cerdik mahu berubah
Pagi-pagi rehat di taman
Duduk santai menunggu sarapan
Hukum ditentang kurangnya kefahaman
Membuta tuli tindakan yang kurang sompan
• Pondok rehat di halaman rumah.
• Tanaman pokok hiasan halaman rumah.
• Sambutan 13 Mei di Kelantan.
Rehat di kolam sungguh selesa
Suasana redup waktu petang
Jawatan direbut demi kuasa
Kuasa hilang kepentingan terhalang
Tinggal di kampung banyak yang percuma
Rajin berusaha jimat duit kupang
Perhimpunan dibuat perlu saksama
Jangan sekadar menghalang pembangkang
• Kolam ikan tepi halaman rumah.
• Tanaman pokok kelapa di halaman rumah.
• GST: 1000,00 gegar dataran.