Waktu pagi ke Kuala Pai
Ikut jalan di Bukit Tembaga
Jumpanya belum andaian pelbagai
Semoga yang dicari kesampaian juga
Rehat santai di tepi halaman
Sambil menunggu waktu sarapan
Sejarah dikenang sepanjang zaman
Lakukan yang terbaik jangan sampai rakyat terkilan
• Papan tanda ke Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang.
• Rumah tradisional di Kampung Pisang, Kubur Panjang.
• Isu MH370- mahu jadi PM misti berani.
Santai di halaman di bawah mentari
Halaman hijau indah berseri
Kapal yang hilang belum diperolehi
Sukar dipercayai suatu yang mistri
Ambil air dari telaga
Air diguna untuk mencuci
Peristiwa lama dibongkar semula
Supaya kebenaran dapat dicari
• Pemandangan di waktu pagi di halaman rumah.
• Kampung kami masih gunakan air telaga di samping air paip.
Rehat di kolam sambil sarapan
Sambil sarapan melihat ikan
Jangan sekadar buat kajian
Lesen diberi tanda persetujuan
Rasa haus kait kelapa
Air diminum bersama isi
Mengundang bala di tengah bala
Nasihat ulamak letak di tepi
• Rehat santai di tepi kolam.
• Kehijauan halaman indahkan pemandangan.
Berdiri di padang di belakang Universiti
Universiti Cambridge persekitarannya bersih
Musibah yang datang bertubi-tubi
Lakukan siasatan jangan terpilih
Ke bandar Cambridge kami datang
Cuaca dingin sejuk hingga ke tulang
Jika keberkatan sudah hilang
Rezeki yang datang akan terhalang
• Universiti Cambridge, England. United Kingdom.
• Bandar Cambridge di waktu pagi.
• Cambridge University.
Rehat di beranda melihat halaman
Terasa segar hilang menguap
Bila manusia hilang panduan
Tersesat jauh di dalam gelap
Semalam dan hari ini turun hujan
Biarpun sekejap menyuburkan tanaman
Jika tersesat ke pangkal jalan
Sombong dan takbur benteng kebenaran
• Melihat kehijauan dari branda.
• Kehijauan halaman indahkan pemandangan.
Bangun awal sudah di halaman
Segarnya udara di waktu pagi
Gaji diambil sudah kehabisan
Hidup di bandar kos hidup tinggi
Panas terik rehat di belakang dapur
Pokok menghijau suasana cerah
Masa mengundi pengundi BN tertidur
Sudah kenyang bangun kemungkinan payah
• Tempayan untuk hiasan pondok di halaman.
• Berehat behampiran dapur dan kolam.
Naik rumah basuh kaki
Teringat atok tunggu di tangga
Sokongan rakyat pasti dibukti
Menang besar kami berbangga
Jiran sebelah buat kenduri
Buat kenduri musim cuti
MH 370 hilang kerajaan terus mencari
Kepercayaan rakyat hilang perubahan menanti
)
• Tempayan untuk hiasan pondok di halaman.
• Majlis kenduri perkahwinan di kampung Bukit Lala.
• MH 370 Kapten Norudin Abd Majid.
Waktu petang pergi menjala
Hasil tangkapan jual di Pokok Sena
Sebelas March perang bermula
Menghadapi Barisan jentera kerajaan pasti diguna
Ke Kubur Panjang lalu di NakaSinggah sarapan terus ke Pedu
Sudah jadi bahan lawak jenaka
Terlihat kapal rupanya kayu
• Masa banjir ikan mudah ditangkap, kampung Bukit Lala.
• Papan tanda arah ke Kubur Panjang.
Panas terik tengah hari
Makan di luar di tepi halaman
Musibah datang muhasabah diri
Ada pengajaran disebalik kejadian
Rehat sekejap terasa segar
Sambil baring hilangkan penat
Ujian Allah perlu bersabar
Semoga selamat dunia akhirat
• Petai sebagai ulam makan tengah hari.
• Tempat rehat di tepi halaman.
Minum petang ubi rebus
Kopi dihidang bersama kelapa parut
Jika diri sendiri tidak terurus
Mana mungkin mampu orang lain menurut
Hari dah petang biri berkeliaran
Pulang ke kandang dedak sudah disediakan
Pangkat dan habuan jadi buruan
Rakyat bawahan hanya tinggal harapan
• Minum petang di kawasan halaman rumah.
• Menunggu biri-biri pulang ke kandang.
Tengah hari pergi ke kebun
Panas terik pokok rimbun tempat berlindung
Nilai ringgit semakin turun
Barang naik keroni yang untung
Petang-petang turun ke bendang
Sawah kontang lama tak turun hujan
Musuh sentiasa mencar peluang
Rakyat bijak perlu buat pilihan
• Kawasan kebun di belakang rumah.
• Sawah kering kontang di Langgar.