Angin bertiup terasa lega
Persekitaran redup sawah menghijau
Hidup bermawah akhlak dijaga
Kuasa ada jangan melampau
Perjalanan di kampung terasa lambat
Pandu kereta ikut tanda kelajuan
Harapan ke Putrajaya semakin dekat
Kejayaan diharap besar kemungkinan
• Sawah di kawasan Pokok Pokok Sena.
• Jalan kampung di kawasan Parlimen Sik, Kedah.
• Azmin: Anwar in Kajang a 'tactical' move
Rehat kepenatan duduk di tangga
Badan berpeluh terasa lesu
Rakyat bantah kenaikan harga
Kemampuan rakyat majoriti tak mampu
Pagi-pagi bersihkan halaman
Cuaca sejuk rasa kedinginan
Peniaga dan pengguna perlukan pembelaan
Bertindak adil menyusahkan jangan
• Duduk di atas tangga di halaman.
• Kearah persekitaran yang lebih hijau.
• Setiap jual beli dikenakan cukai - YB Rafizi
Waktu pagi berkerja di rumah
Bersihkan halaman terasa penat
Ilmu dipelajari semoga Allah berikan hidayah
Hidayah dan pertunjuk jalan penyelamat
Hujan petang melihat pelangi
Menanti magrib yang akan menjelma
Kesilapan lampau jangan diulangi
Rakyat sukar untuk menerima
• Rehat sebentar sambil melihat pelajar merentas desa.
• Pemandangan menghampiri magrib di kampung Tualang.
• Mati hina akibat hina ulamak.
Pokok ditanam tempat berlindung
Suasana redup tempat berehat
Cuti perayaan meriah di kampung
Jalinkan hubungan bertambah erat
Cuaca panas cerahnya langit
Pokok menghijau cuaca cerah
Bakti diberi jangan diungkit
Agar amalan diberkati Allah
• Pokok ditanam di sekeliling rumah.
• Pemandangan di waktu petang.
Waktu pagi jalan ke Nawa
Singgag di warung sarapan meehun
Sayur kangkong jadi bahan ketawa
Barang naik kangkong yang turun
Jalan berdebu dalam pembenaan
Sesak pagi hingga ke petang
Keperitan rakyat tiada kesudahan
Jangan sampai kepercayaan hilang
• Papan tanda di jalan Nawa.
• Dalam pembenaan lebuhraya ke Durian Burung, Kedah.
Bena pondok tempat berteduh
Pondok terletak di tepi sungai
Kenyataan dibuat usahlah angkuh
Rakyat cerdik mampu menilai
Sawah padi guna saliran
Tampa saliran sawah pasti terbiar
Sayur kangkung jadi sindiran
Senaman kangkung mereka tak sedar
• Pemandangan di tepi sungai dan sawah di Perlis.
• Sawah padi di kampung Yoi Pokok Sena.
• That effing show let them eat kangkong.
Jalan di kampung perlu pelahan
Keselamatan orang ramai perlu di utama
Kekeliruan rakyat angkara kerajaan
Kepetingan ada di situlah bermula
Pokok-pokok jadi hiasan
Cantik kehijauan pandangan mata
Keangkuhan pemimpin ada batasan
Jangan kebodohan menjadi nyata
• Jalan kampung simpang tiga ke Kuala Nerang dan Jitra.
• Kawasan sawah di Perlis.
• Polemik kalimah Allah & rampasan bible.
Pokok subur hasilnya banyak
Penyakit kurang dalam kawalan
Gaji sedikit cukupnya tidak
Kerja di pejabat banyak pula tekanan
Petang-petang suka berjalan
'Jogging' di sawah jalan tak sesak
Pendapatan kurang menambah pendapatan
Kerja lebih masa 'stres' perlulah dielak
• Skrup dikumpulkan di tepi kebun sebelum dijual.
• Jogging di kawasan sawah.
Ke bandar Alor Setar di waktu petang
Balik singgah di pekan Langgar
Rakyat terbeban dihimpit hutang
Barang naik pulihnya sukar
Sebelah masjid kubur lama
Tidak dijaga masih terpelihara
Kesusan rakyat pemimpin perlu bersama
Supaya rakyat tidak didera
• Jalan Langgar berhampiran tol Langgar, Alor Setar.
• Kubur lama di masjid Sungai Durian, Pokok Sena.
• Imam Roslan - Kisah baling kasut di mahkamah.
Budak kampung suka mandi di sungai
Ada yang mandi ada memancing ikan
Rakyat bijak mampu menilai
Gaya hidup pemimpin rakyat menanggung beban
Letak kerteta di tepi jalan
Melihat petani menangkap ikan
Harapan rakyat sungguh terkilan
Kesungguhan tiada jangan ada kepentingan
• Kawasan taliair tempat memancing di Langgar, Pokok Sena.
• Melihat petani memancing di tepi sawah di Langgar.
• Wacana siri ke24: Kejutan ekonomi selepas PRU13.
Pokok getah diperiksa elok belaka
Sudah disembur pulih seperti sediakala
Sultan menuntut diiktiraf Sultan Melaka
'ICJ' iktiraf bagimana pula
Kebun dipagar elak dimasuki binatang ternakan
Sayuranan ditanam untuk pasaran
Bantuan diberi didakwa tidak kesampaian
Jika benar lakukanlah siasatan
• Kebun getah di kawasan Bukit Kapai.
• Kebun sayur di kawasan tanaman semula getah.
Jalan ke kebun biasanya sempit
Sudahlah sempit ada kalanya berlumpur
Kehidupan rakyat semakin tersepit
Kerajaan dipilih perlu ditegur
Daun bergugur sudah berdaun
Sudah dilihat hingga ke hujung
Barang naik tiada yang turun
Sampai bila rakyat menanggung
• Jalan ke kebun getah di Telok Gadung kawasan Kuala Nerang.
• Kebun getah di belakang rumah.
• Kecok kerajaan benar Rosmah gunakan jet rasmi.
Rehat di beranda minum petang
Sekadar minum perut dah kenyang
Bahagia dicari derita yang datang
Kewarasan hilang nyawa melayang
Buat pangkin gunakan rotan
Rotan terjemur biasanya tahan
Setiap kesusahan ada kenikmatan
Jalan keluar menemuai kejayaan
• Mentari petang menyinari beranda.
• Pangkin didirikan di halaman rumah.
Badan berpeluh sarapan berselera
Rehat sebentar menghilangkan penat
Negara demokrasi rakyat bersuara
Niat dan matlamat perbetulkan niat
Kawasan sawah membela itik
Telurnya diproses dibuat telor masin
Kerajaan baik perlu dikritik
Supaya hubungan baik sentiasa terjalin
• Bersikan halaman di waktu pagi.
• Menternak itik di tepi sawah di Bukit Lala.
Mesin rumput tolaknya ringan
Halaman dibersihkan masa terisi
Rakyat berhak suarakan pandangan
Selagi tidak melangar demokrasi
Halaman luas hijaaunya persekitaran
Sering dijaga sentiasa dibersihkan
Majoriti rakyat perlukan pembelaan
Pemimpin bersenang rakyat dibeban
• Bersikan halaman rumah gunakan jentera pemotong rumput.
• Kawasan persekitaran Masjid Al Bokhary, Alor Setar.
Singgah solat di masjid tepi kuburan
Masjidnya terletak di kampung Tualang
Rakyat turun luahkan ketidakpuasan
Tuduhan 'bughah' fatwa songsang
Kawasan sungai cantik kehijauan
Kanak bermain kedengaran riuh
Anak muda pendesak perubahan
Menyekat arus bentengkan runtuh
• Masjid di kampung Tualang, Pokok Sena.
• Sungai di kawasan Kuala Nerang.
Jalan kampung sebagai laluan
Turun ke sawah kawasan berdekatan
Barang naik peniaga dipersalahkan
Mereka dibebankan dengan kos pengangkutan
Pandu bersendirian jangan berangan
Kawasan berbukit kiri dan kanan
Duit di tangan sudah berkurangan
Kuasa membeli hanya barang keperluan
• Jentera pembajak sawah padi.
• Lebuhraya Utara Selatan kawasan Gua Tempurung.