Burung berkeliaran makan bersama
Lembu makan ada yang berlari
Miskin harta sabar berusaha
Miskin jiwa derita menanti
Pokok getah menghijau masih muda
Boleh ditoreh menunggu masa
Hidup di dunia harta tiada
Sentiasa berusaha jangan berputus asa
• Burung berkeliaran di kawasan kebun.
• Kebun getah muda di kampung Tok Kun.
• Drama - Cinta Kun Fayakun.
Bersihkan halaman di waktu pagi
Cuaca segar di sinari mentari
Sahabat handai ada yang telah pergi
Semoga selamat kita di kemudian hari
Mentari pagi sinarnya cerah
Rehat santai bersama keluarga
Harta banyak sentiasa bersedekah
Keiklasan hati aset yang berharga
• Membersihkan halaman rumah.
• Berehat di beranda bersama keluarga.
Pulau Pangkur jauh ke tengah
Tempat mudah buat berniada
Jangan ambil jalan mudah
Musibah menimpa sentiasa berwaspada
Rehat santai bersama keluarga
Ada yang datang untuk memancing
Kekayaan yang ada apalah dibangga
Sedikit diuji fikiran rungsing
• Menikmati udara segar di tepi laut Lumut.
• Santai bersama ister dan anak-anak.
• Hadapi musibah dengan solat dan sabar.
Datang ke kebun menahan jerat
Jerat dipasang di tepi titi
Pendapatan kurang tugasan berat
Kepayahaan yang dialami tiada yang simpati
Skrup dikutip sudah pun beku
Duit diterima terus ke kedai
Perjalanannya jauh jalan beliku
Ada kalanya terkandas matlamatnya sampai
• Atas: Pemandan di kawasan kebun.
• Bawah: Mengangkut skrup di kawasan kebun getah.
Jambu di halaman kelihatan merah
Buahnya elok tidaklah banyak
Menyesal dalam kubur terlewat sudah
Jiran di sekeliling simpatinya tidak
Pokok getah tua kulitnya tebal
Pisau ditarik terasa berat
Cantik luaran tidakkan kekal
Amal yang baik menuju akhirat
• Atas: Pokok jambu di kawasan rumah.
• Bawah: Kawasan kebun getah di kampung Bukit Lala.
• Youtube : Beautiful answer .
Terusan dijaga sentiasa bersih
Padi subur nampaknya menjadi
Wajah dipandang penambat kasih
Kasih terikat keiklasan budi
Kebun cerah disinari mentari
Bertiup angin terasa dingin
Tudung dipakai menambah seri
Seri wajah penghias batin
• Atas: Pemandan di sawah di kampong Tualang.
• Bawah: Kawasan kebun di Bukit Lala.
• Youtube: Hussin Yee- My journey to Islam.
Sarapan pagi di tepi beranda
Sambil berehat baca makalah
Alhamdullilah hari ini kita masih ada
Subhanallah segala puji bagi Allah
Menoreh getah kawasan berbukit
Ada kalanya jatuh terlentang
Musibah diterima teramat pahit
Semoa tidak akan berulang
• Atas: Halaman rumah.
• Bawah: Kawasan kebun getah.
• Youtube: Farm for the Future - BBC Dokumentary 2009!
Makan luar rehat di halaman
Selepas sarapan singgah ke pasar
Rakyat bijak btijak buat pilihan
Selogan Hijrah BN jauh tersasar
Pagi-pagi bersihkan halaman
Halaman hijau disinari mentari
Hijrah berubah kekalkan kemenangan
Tidak mudah dijual beli
• Atas: Restoran Seri Gedung di Kuala Nerang.
• Bawah: Suasana kampung di waktu pagi.
Pagi dah cari-cari sarapan
Selepas menghantar hasil jualan
Tugas dipikul usah dianggap beban
Meriahkan kehidupan penuh keceriaan
Makan nasi di luar bersarapan
Harganya sederhana tidahlah murah
Tak guna kawan itulah keluhan
Berbuat jahat terimalah padah
• Atas: Restoran Seri Gedung di Kuala Nerang.
• Bawah: Suasana di sebuah restoran di Kuala Nerang.
Waktu petang rehat di halaman
Rehat santai dengan kehijauan
Setiap undi memberi kesan
BN menang rakyat dibeban
Hujan lebat berada di pasar
Membeli keperluan dapur juga ikan
Hutang bertimbun sukar dibayar
Jatuh bangkrap hidup tertekan
• Atas : Kearah persekitaran yang lebih hijau.
• bawah: Suasana pasar Pokok Sena selepas subuh.